Ahli

Jumaat, 30 September 2011

KisahKu Bermula... : )


sememangnya,..
 benarlah kata-kata orang tua bahawa tuah ayam adalah di kaki dan tuah manusia siapa yang tahu...
kata-kata ini sememangnya memberikan aku kesedaran bahawa setiap kata yang diucapakan adalah begitu bermakna...
ini disebabkan kata-kata ini telah terjadi kepada diriku sendiri...
sememangnya tuah aku tidak diduga...
tuah aku tidak dapat diteka dan dibuat perkiraan matematik dan kimia sekali pun...
kerana tuah aku adalah di tangan Tuhan...
dengan takdir Tuhan...
aku adalah insan yang bertuah kerana....
19/5/2011(KHAMIS) adalah tarikh yang begitu bermakna dalam hidup aku...
tarikh yang bakal mengubah hidup aku...
tarikh yang bakal menjadikan aku manusia yang benar2 manusia...
tarikh yang memberikan sinar harapan kepada hidup aku ....
sinar kegembiraan dan kesyukuran pada kedua-kedua wajah insan yang paling aku sayang...
MAK dan AYAH aku,....
tarikh itulah tarikh keramat yang akan aku sematkan dalam diari kehidupanku untuk sentiasa aku ingat selama-lamanya...
iaitu tarikh yang begitu bermakna dan berharga....
4.35 PM@1635(sistem 24 Jam)...
merupakan waktu yang begitu bersejarah juga pada hari dan tarikh yang sama....
di mana.......
satu......
Pesanan ringkas dari....
15888.....
telah mengatakan....
"KPM : Tahniah!Anda telah berjaya untuk mengikuti KPLSPM Ambilan Jun 201.Untuk makluman lanjut,sila layari laman sesawang berikut : 
www.didik.gov.my/kplspm"
itulah pesanan ringkas yang telah memberikan aku kegembiraan yang teramat sangat dan aku merasakan yang dunia ini ialah milik aku,...
aku telahpun terpilih untuk mengikuti KURSUS PERGURUAN LEPASAN SPM AMBILAN JUN 2011...
Bermula dari saat itulah....
kehidupan aku bakal bermula....
kerjaya aku bakal dicipta....
tidak ku sangka...
seorang insan biasa yang hanya berbekalkan keputusan yang hanyalah cukup makan sahaja telah pun diterima untuk mengikuti kursus perguruan....
itulah yang dinamakan...
"TUAH AYAM DI KAKI,TUAH MANUSIA SIAPA YANG TAHU"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan